Saturday, 17 October 2015

KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Ini merupakan sambungan daripada penulisan saya sebelum ini. Diharapkan anda semua dapat memberikan pandangan berdasarkan soalan-soalan yang diajukan.

Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia. Apakah mereka mengghadapi stress yang tinggi. Bincangkan?

9 comments:

  1. Tidak, kerana tugasan yang diberikan oleh guru mampu diatasi oleh kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Pada pandangan saya, kanak-kanak yang berada di prasekolah dan sekolah rendah sering menghadapi stress yang tinggi akibat daripada pelbagai masalah yang berlaku di sekolah mereka sepanjang mereka belajar. antara masalah yang mengakibatkan kanak-kanak itu mengalami stress yang tinggi ialah sistem pembelajaran yang ditunjukan oleh guru mereka itu sendiri. sesetengah kanak-kanak akan mengalami stress yang tinggi akibat daripada cara pembelajaran dan pengajaran yang guru mereka ajari. kanak-kanak mudah bosan dengan gaya yang diajar oleh guru mereka. sifat kanak-kanak yang semulajadi yang sukakan aktivit bermain dalam kehidupan seharian mereka. dalam pada itu guru mereka haruslah memahami perasaan anak muridnya yang sukakan bermain. dalam proses pembelajaran dan pengajaran guru boleh juga menerapkan aktiviti bermain dalam diri kanak-kanak. melalui kaedah bermain kanak-kanak boleh menghilangkan stress dan dapat berinteraksi antara satu sama lain. selain itu juga kanak-kanak juga boleh menunjukkan bakat mereka itu sendiri yang terpendam. melalui bermain juga kanak-kanak boleh hak untuk bersuara. melalui kaedah bermain juga guru itu sendiri boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk menunjukkan cara yang lebih berkesan kepada anak muridnya. melalui bahan bantu mengajar ini kanak-kanak boleh sentuh dan akhir proses mengajar ini kanak-kanak boleh menggunakan bahan itu untuk dijadikan mainaan. melalui kaedah bermain ini kanak-kanak boleh menghilangkan stress.

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera.Pada pandangan saya, keadaan kesihatan mental kanak-kanak Pra-Sekolah dan sekolah rendah di Malaysia kemungkinan besar mereka berhadapan dengan stress. Hal ini kerana ibubapa pada masa kini, kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka. Kebanyakan ibubapa pada masa kini merupakan ibubapa yang bekerjaya dan mereka kurang memberikan perhatian kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menumpukan untuk menyediakan keperluan -keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan yang sihat ,tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanal-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan mereka .Tetapi mereka kurang sedar bahawa perhatian, masa dan kasih sayang adalah penting dalam membesarkan anak-anak juga. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan bagi menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna ,menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru. Dalam pergaulan sehari-harian mereka juga lebih terarah ke arah yang lebih positif.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kepada saudari intan kerana sudi memberikan pandangan anda.

    ReplyDelete
  6. salam sejahtera kepada saudari florita kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan pendapat anda mengenai forum yang diajukan.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kepada saudara amirul arif kerana sudi memberikan pandangan anda.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum dan selamat petang..pada pandangan saya,golongan pelajar terutamanya banyak mengalami masalah stress yang berpanjangan. isu ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan impak yang negatif dalam kalangan pelajar. selain itu, kanak-kanak merupakan salah satu golongan yang mengalami stress. ini adalah berpunca daripada guru-guru yang memberikan banyak tugasan kepada kanak-kanak. kanak-kanak merupakan golongan yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah dan mereka ini tidak dapat menampung banyak maklumat sebagaimana orang dewasa.tahap pemikiran kanak-kanak pada tahap ini hanya tertumpu kepada kemahiran bermain sahaja. sekiranya mereka dibebankan dengan pelbagai masalah mereka mungkin akan mengalami tekanak emosi dan ini mungkin mendorong kanak-kanak melakukan perkara yang berada di luar jangkaan.jadi bagi mengelakkan masalah stress dalam kalangan kanak-kanak,ibu bapa dinasihatkan supaya memantau keadaan dan membantu dalam proses pembelajaran anak-anak.

    ReplyDelete
  9. Ingin merasa memakan ubi,
    banyak rasa enaknya ubi,
    salam kata ku terima,
    untuk penyambung kata bicara.

    Saya merasa zaman persekolahan dahulu kembali apabila perbincangan dimulakan dengan pantun. Sungguh menarik ya.

    Pandangan saya berkaitan dengan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan murid sekolah rendah di Malaysia ialah secara umum adalah ditahap yang sederhana. Berdasarkan beberapa isu yang mengatakan bahawa kanak-kanak juga menghadapi stress yang tinggi dipengaruhi oleh faktor persekitaran keluarga dan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana kanak-kanak zaman sekarang sedang dibanjiri dengan keadaan teknologi yang moden, ibubapa mereka akan membuat jadual pembelajaran untuk mendapat keputusan yang terbaik. Tetapi disebalik pendekatan ini banyak perkara yang akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah kerana terpaksa menghabiskan lebih masa untuk belajar, sedangkan kanak-kanak perlukan rehat dan bermain yang seimbang. Kepadatan jadual ini menganggu emosi seterusnya mengundang stress.Namun begitu, kadar stress kanak-kanak tidak sama dengan stress orang dewasa. Kanak-kanak yang stress selalunya, akan menangis bila-bila masa sahaja, mereka menganggu rakan yang lain, tidak membuat kerja sekolah dan banyak lagi. Kanak-kanak sekolah rendah mengalami stress akibat kepadatan jadual. Manakala,kanak-kanak prasekolah menghadapi stress apabila mereka ditinggalkan oleh ibu atau bapa di rumah mahupun di sekolah.

    Pada pandangan saya, kanak-kanak sekolah rendah adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi masalah stress ketika proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana mereka terpaksa mengikut kemahuan ibubapa.
    Oleh itu, seimbangkanlah masa belajar dan bermain anak-anak anda kelak

    ReplyDelete