Friday, 16 October 2015

Kecerdasan Emosi Dan Sosial Adalah Lebih Penting Dari Intelek Dalam Dunia Pekerjaan.



Assalamualaikum w.b.t
hye semua.


Bahaskan pernyataan ini, "kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan". Adakah anda bersetuju atau sebalikya. berikan sebab mengapa anda bersetuju dan tidak setuju dengan penyataan di atas.


6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju bahawa kecerdasaan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdsaan intelek dalam dunia pekerjaan. Saya berasa kurang setuju dengan pernyataan ini. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kecerdasan intelek amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang itu terutama ketika individu itu sudah bekerja. Dalam masyarakat hari ini, ramai yang memandang kecerdasan intelek sebagai faktor yang utama dalam menentukan tingginya darjat seseorang itu dan akan dipandang tinggi oleh kawan-kawan mereka kerana memiliki otak yang lebih cerdik. Memiliki otak yang bergeliga bukanlah mudah kerana ia memerlukan individu itu untuk berusaha keras menimba ilmu dan kesannya beliau berupaya untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam dunia pekerjaan seperti doktor dan peguam. Selain itu, orang yang mempunyai otak yang cerdas juga dapat membantu mereka untuk mudah mendapat kepercayaan orang di sekitar mereka. Tambahan pula, orang yang cerdik juga lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbanding daripada mereka yang hanya memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Oleh itu, saya dengan yakinnya berpendapat bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan mutakhir ini berbanding daripada mereka yang memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. dengan intelek yang tinggi kita dapat mengetahui tentang maklumat-maklumat terkini supaya kita tidak ketinggalan. tetapi emosi dan sosial juga penting kerana dua aspek ini memainkan peranan dan berkombinasi dengan intelek.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dan selamat pagi,menurut pandangan saya peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas perkongsian saudari itu.

      Delete
  4. Salam sejahtera saudari , pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya,rakan sebaya mampu memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak merupakan satu dimensi dimana kanak-kanak berada dalam proses untuk mengenali dan mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bermain dengan rakan-rakan mempercepatkan proses perkembangan otak kanak-kanak. Ini merupakan proses pembelajaran tidak formal dimana mereka mendapat pengajaran melihat, bermain, dan bertanya. Apabila bersama dengan rakan-rakan, mereka akan lebih aktif, ketika bermain, belajar dan meningkatkan kadar perkembangan sosioemosi. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Ini merupakan pendapat yang mampu saya berikan dan semoga ia dapat membantu.

    ReplyDelete