Saturday, 17 October 2015

MASALAH BAGI KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI PERAPATAN DENGAN BAPA




Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa? Berikan pendapat anda?

6 comments:

  1. Assalamualaikum.. pada pendapat saya, masalah yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak yang kurang mesra atau kurang perapatan dengan kedua-dua ibu bapa mereka terutama sekali dengan bapa ialah sifat kasih sayang terhakis dalam diri kanak-kanak tersebut. melalui masalah ini kanak-kanak akan merasa diri mereka di sisih oleh bapa mereka sendiri. kanak-kanak merupakan seorang insan yang mulai dan patut dibelai dengan rasa kasih sayang yang cukup. apabila bapa mereka tidak memberi kasih sayang yang sempurna terhadap kanak-kanak tersebut, kanak-kanak akan mengalami tekanan yang begitu melampau kerana mereka terpengaruh dengan rakan sebaya mereka semasa berada di sekolah. kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan berasa iri hati dan selalu berada dalam kesedihan kerana mereka selalu di ejek oleh rakan mereka sendiri serta kanak-kanak itu sendiri akan melihat gelagak ibu bapa rakan sebaya mereka menghantar mereka ke sekolah. sedangkan kanak-kanak yang mengalami masalah ini selalu datang ke sekolah dengan van atau bas. masalah seperti ini berlaku akibat daripada ibu bapa yang selalu mementingkan kerjaya mereka daripada anak mereka. mereka mengharapkan seratus peratus anak mereka kepada pengasuh untuk menjaganya. apabila masalah ini kerap sekali berlaku, perasaan kasih sayang yang ditunjuk oleh ibu bapa mereka sejak dari kecil lagi telah dipudarkan dengan begitu sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...terima kasih kepada saudari intan kerana sudi membaca dan memberi respon kepada forum di atas.

      Delete
  2. Masalah yang mungkin dihadapi atau berlaku kepada anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapat dengan bapa adalah menjadi lebih agresif kerana disebabkan faktor kurangnya bimbingan daripada seorang bapa. Kanak-kanak sering melakukan perkara yang boleh melampiskan perasaanya contohnya dengan melawan arahan ibunya apabila ayahnya tidak berada dirumah. Di samping itu, kemungkinan besar kanak-kanak akan bersikap lebih agresif dengan melemparkan barang-barangnya di dalam rumah kerana inginkan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Hal ini kerana,bapa merupakan ketua ahli keluarga dan mampu menjaga keluarga. Bapa juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan membimbing anak-anak mereka ke arah yang benar sama ada di dunia mahupun akhirat. Seorang bapa sering dikaitkan dengan sikapnya yang tegas kerana sikap semulajadi bapa adalah membimbing dan menjaga ahli keluarga.Namun peranan ibu juga penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Walaubagaimanapun,anak-anak yang kurang masa untuk bersama dengan seorang bapa akan lebih gemar untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dan sering terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ini disebabkan oleh faktor kurangnya perhatian dan bimbingan dari seorang ayah. Oleh sebab itu,kanak-kanak mengambil inisiatif lain untuk menghabiskan masa yang lebih dengan kawan-kawan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saya ucapkan kepada saudari florita kerana telah memberikan pendapat mengenai tajuk yang dibincangkan.

      Delete
  3. Saya Azlin Bekri ingin mengongsikan pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sis

    Saya ingin mengutarakan sedikit pandangan saya tentang masalah ini.Kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan merasa kekurangan kasih sayang seorang bapa tidak seperti kanak-kanak yang lain. Kasih seorang bapa amat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak supaya kanak-kanak kuat dalam menempuh cabaran. Tidak semestinya hanya ibu yang memain peranan dalam mendidik anak bapa juga mempunyai peranan yang tersendiri.
    Contohnya,bagi kanak-kanak lelaki pasti akan mencari kaum lelaki untuk bercerita tentang apa yang dirasa segan untuk berkongsi dengan ibu, disini bapa perlu ada untuk kanak-kanak ini setiap masa walaupun tentangan kerja yang menghalang pasti akan ade masa sedikit untuk kanak-kanak mendapat kasih sayang.

    ReplyDelete