Saturday, 17 October 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK.

ASSALAMUALAIKUM W.T.B DAN SALAM SEJAHTERA
Hai kawan-kawan..
diharapkan anda sihat sejahtera hendaknya.



Hari ini saya ingin membincangkan mengenai tajuk berkenaan.

Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Berikan pendapat anda?

10 comments:

  1. Peranan dari rakan-rakan juga amat penting dalam perkembangan sosioemosi kanak kanak. Ini kerana kanak-kanak akan berminat ke sekolah jika mendapat layanan yang mesra dari guru dan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  2. Peranan dari rakan-rakan juga amat penting dalam perkembangan sosioemosi kanak kanak. Ini kerana kanak-kanak akan berminat ke sekolah jika mendapat layanan yang mesra dari guru dan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. pada pendapat saya, peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak penting kerana ia melibatkan pergaulan hidup seharian dengan semua rakan. Rakan sebaya yang dimaksudkan di sini adalah golongan yang berada dalam lingkungan umur yang sama, pendidikan atau kelas sosial dan minat .Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka berbanding dengan ibubapa ataupun ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana, ketika kanak-kanak mula menginjakkan kaki ke alam persekolahan mereka mulai bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat disekeliling mereka. Mereka belajar dan melihat setiap perlakuan yang berlaku di sekelilingnya.Begitu juga dalam pergaulan mereka. Jadi di sini, sekiranya kanak-kanak itu bergaul dengan rakan-rakan yang berkelakuan baik maka hasilnya juga akan baik maka jika sebaliknya berlaku maka hasilnya juga bertentangan. Contohnya kanak-kanak yang mempunyai rakan-rakan yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai yang murni daripada mereka. jika rakan kanak-kanak itu berkelakuan kurang baik seperti memukul kanak-kanak yang lain akan mendorong kanak-kanak ke arah yang negatif. Jadi di sini, siapa rakan kawan kanak-kanak pada hari ini adalah gambaran mereka pada masa hadapan. rakan sebaya merupakan orang yang boleh mempengaruhi kita sendiri iaitu dengan pergaulan seharian kita dengan mereka. dalam proses pergaulan ibu bapa juga haruslah memainkan peranan penting kerana ibu bapa mesti mengetahui latar belakang rakan sebaya anak mereka. sekiranya anak mereka berkawan dengan orang yang tidak memberi pengetahuan mereka pun turut begitu. melalui rakan sebaya juga masalah sosial juga turut berlaku seperti vandalisme, merempit dan sebagainya.ini akan memberikan kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kepada saudari diatas perkongsian yang bermakna.

      Delete
  5. salam sejahtera saudari. Menurut teori Erik Erikson, individu berkembang menerusi pembukaan lipatan personaliti yang telah ditentukan melalui lapan peringkat. Menurut Erik Erikson juga,setiap peringkat perkembangan sosioemosi merupakan krisis psikososial yang perlu diselesaikan sebelum seseorang dapat bergerak ke peringkat yang seterusnya. Sekiranya individu gagal menyelesaikan masalah krisis tersebut, maka di peringkat perkembangan berikutnya akan terjejas(Azizi Yahya,2005) .Oleh itu di sini,pada pendapat saya rakan sebaya mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak dalam proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula menginjakan kaki ke alam sekolah dan mereka akan bertemu dengan pelbagai bentuk ragam dan karenah masyarakat di sekeliling mereka.Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun juga akan memyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    saya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya,rakan sebaya mampu memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak merupakan satu dimensi dimana kanak-kanak berada dalam proses untuk mengenali dan mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bermain dengan rakan-rakan mempercepatkan proses perkembangan otak kanak-kanak. Ini merupakan proses pembelajaran tidak formal dimana mereka mendapat pengajaran melihat, bermain, dan bertanya. Apabila bersama dengan rakan-rakan, mereka akan lebih aktif, ketika bermain, belajar dan meningkatkan kadar perkembangan sosioemosi. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Ini merupakan pendapat yang mampu saya berikan dan semoga ia dapat membantu.

    ReplyDelete
  8. terima saya ucapkan kepada semua yang telah memberikan pandangan masing-masing.

    ReplyDelete
  9. terima saya ucapkan kepada semua yang telah memberikan pandangan masing-masing.

    ReplyDelete